Thursday 21 February 2013

Kasih Sayang Seorang Ibu

Saat kau berumur 15 tahun, dia pulang kerja ingin memelukmu.
Sebagai balasannya, kau masuk bilik tanpa kesah kan ibu .

Saat kau berumur 16 tahun, dia ajar kau pakai handphone dia.
Sebagai balasannya, kau pakai handphone dia setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya dia.

Saat kau berumur 17 tahun, dia sedang menunggu call yang penting.
Sebagai balasannya, kau pakai tanpa berhenti .


Saat kau berumur 18 tahun, dia menangis terharu ketika kau lulus SPM.
Sebagai balasannya, kau berparty dengan kawan-kawan sampai pagi.

Saat kau berumur 19 tahun, dia membayar yuran pembelajaran kau dan menghantar kau ke kolej.
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu pagar sebab kau malu dengan kawan-kawan kau .

Saat kau berumur 20 tahun, dia bertanya, “dari mana ni?”
Sebagai balasannya, kau jawab, “mak ni cerewet sangat , sibuk nak tahu urusan orang! ”

Saat kau berumur 21 tahun, dia menyarankan satu pekerjaan yang bagus untuk di masa depan. Sebagai balasannya, kau katakan, “aku tak nak jadi macam ibu.”

Saat kau berumur 22 tahun, dia memeluk kau dengan bangga masa kau lulus perguruan tinggi.
Sebagai balasannya, kau tanya bila kau boleh pergi Bali .

Saat kau berumur 23 tahun, dia membelikan kau 1 set furniture untuk rumah baru kau
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada kawan-kawan kau betapa buruknya furniture tu.

Saat kau berumur 24 tahun, dia bertemu dengan tunang kau dan bertanya tentang rancangan di masa depan.
Sebagai balasannya, kau mengeluh, “kenapa ibu ni tanya macam tu ?”

Saat kau berumur 25 tahun, dia membantu kau membayar pernikahan.
Sebagai balasannya, kau pindah ke tempat lain yang jaraknya lebih dari 500 km.

Saat kau berumur 30 tahun, dia memberikan beberapa nasihat macam mana nak jaga  anak . Sebagai balasannya, kau katakan padanya,”ibu zaman dah moden!”

Saat kau berumur 40 tahun, dia call untuk memberitahukan birthday salah seorang sedara. Sebagai balasannya, kau jawab, “saya sibuklah ibu , tak de masa.”

Saat kau berumur 50 tahun, dia sakit dan memerlukan rawatan kau.
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.

Dan hingga suatu hari, dia meninggal dengan tenang. Dan tiba-tiba kau teringat semua yang belum pernah kau lakukan, kerana mereka datang menghantam HATI mu bagaikan palu godam.

JIKA BELIAU MASIH ADA, JANGAN LUPA MEMBERIKAN KASIH SAYANGMU LEBIH DARI YANG PERNAH KAU BERIKAN SELAMA INI DAN JIKA BELIAU SUDAH TIADA, INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TULUS TANPA SYARAT KEPADAMU.



AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU



Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

NAMUN,,,

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengam tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.

Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Syurga Firdaus.

Ciumlah tangan ibu, sebelum ibu pergi bertemu Illahi dan takkan kembali lagi..



Friday 15 February 2013

Adam dan Hawa


Tidak perlu mencari teman seperti Adam,Jika diri tidak rela berkorban seperti Hawa.
Tidak perlu mengharap suami seperti Nuh dan Luth
jika hati tidak jujur seperti isteri-isteri mereka.
Tidak perlu berangankan teman secantik Balqis,
jika diri tidak seindah Sulaiman.
Mengapa mengharap kekasih setampan Yusuf
Jika cinta tidak setulus Zulaika.
Tidak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
Jika jiwa tidak sekuat Siti Hajar.
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khatijah,
Jika diri tidak seindah akhlak Rasulullah.
Jangan mengharapkan teman seperti Fatimah,
Jika diri tidak sehebat Saidina Ali
Tidak perlu mengharapkan Mr.Perfect,
Jika diri tidak tergolong Miss Right.
Apakah yang perlu dicari?
Reda dan syukur pada apa yang diperolehi.
Sabar dan memaafkan kesilapan kekasih sejati.
Agar hidup senantiasa Allah swt berkati.
InsyaAllah..insyaAllah...


Wanita beriman - Lebih jelita daripada bidadari


SELEPAS Allah menceritakan apa yang akan disediakan bagi musuh-musuhnya, iaitu azab api neraka, Dia meneruskannya dengan menyebut apa yang disediakan kepada hamba-hamba-Nya yang soleh.
Inilah cara al-Quran yang menghimpun antara ancaman dan galakan untuk menjadi perbandingan keadaan orang yang baik dengan mereka yang derhaka. Lantas Allah berfirman:

DAN SAMPAIKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA MEREKA YANG BERIMAN DAN BERBUAT BAIK BAHAWA BAGI MEREKA DISEDIAKAN SYURGA-SYURGA YANG MENGALIR SUNGAI-SUNGAI DI DALAMNYA. SETIAP MEREKA DIBERI REZEKI BUAH-BUAHAN DALAM SYURGA ITU. MEREKA MENGATAKAN, INILAH YANG PERNAH DIBERIKAN KEPADA KAMI DAHULU. MEREKA DIBERI BUAH-BUAHAN YANG SERUPA DAN UNTUK MEREKA DI DALAMNYA ADA ISTERI-ISTERI YANG SUCI DAN MEREKA KEKAL DI DALAMNYA. (Al-Baqarah ayat 25)


Allah memulakan ayat ini dengan menyuruh Rasulullah s.a.w. supaya menyampaikan berita gembira seperti yang dirakamkan dalam firman-Nya `Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik', dengan maksud berilah berita gembira wahai Muhammad kepada orang yang beriman dan bertakwa.
Di dunia mereka berada dalam kebaikan, menghimpunkan keimanan dan amalan yang soleh, iaitu amalan soleh yang merangkumi semua jenis.
Diriwayatkan daripada Usman bin Affan katanya, ``Amalan soleh merujuk kepada mereka yang ikhlas dalam amalan.''
Manakala Ali bin Abu Talib pula berpendapat, ``Amalan soleh merujuk kepada mereka yang mendirikan sembahyang fardu.''
Nikmat
Sebagai balasannya ialah `bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya', yakni mereka akan mendapat habuan yang begitu banyak dan besar lagi agung daripada Allah, seperti kebun-kebun dan taman-taman yang mempunyai pohon kayu yang banyak dan tempat tinggal, yang uniknya anak-anak sungai mengalir di bawah istana-istana dan tempat tinggal mereka.
Seterusnya, Allah menggambarkan nikmat mereka dengan `setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu', iaitu tatkala dikurniakan dengan kurniaan dan diberi rezeki yang berupa buah-buahan enak dalam syurga, `mereka mengatakan, ``Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu'' iaitu ia seperti makanan yang pernah dimakan oleh mereka sebelum ini di dunia.
Ahli tafsir berkata, ``Sesungguhnya ahli syurga diberi rezeki yang berupa buah-buahan yang didatangkan oleh malaikat dan apabila dihidangkan kepada mereka untuk kali keduanya, mereka berkata, ``Inilah yang telah kamu bawa kepada kami sebelum ini.'' Lantas malaikat menjawab,'' Makanlah dulu wahai hamba Allah. Warnanya sahaja yang sama tetapi rasanya berlainan.''
Justeru, Allah menyebut `Mereka diberi buah-buahan yang serupa', yakni hampir sama pada bentuk dan pandangannya tetapi bukan pada rasa dan perkhabarannya.
Ibn Jarir berkata, ``Ia sama pada warna dan penglihatan tetapi tidak pada rasanya.'' Ibn Abbas pula berkata, ``Tidak serupa sesuatupun apa yang ada di syurga dengan apa yang ada di dunia kecuali pada namanya sahaja.''
Seterusnya Allah berfirman `dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci', yakni di dalam syurga mereka dikurniakan isteri-isteri daripada bidadari-bidadari yang dibersihkan daripada kotoran dan najis, sama ada hissiah atau maknawiah.
Mujahid berkata, ``Suci di dalam ayat itu bermaksud mereka bersih daripada haid, nifas, qada hajat termasuk hingusan.'' Qatadah pula berkata, ``Ia bermaksud suci daripada penyakit dan dosa.''
Manakala Ibn Abbas, seperti yang dinaqalkan oleh Ibnu Kathir berkata, ``Ia bermaksud suci daripada kotoran dan penyakit.'' Al-Mawardi pula di dalam kitabnya, al-Nukat al-Uyun berpendapat, ``Ia bermaksud suci pada tubuh badan, akhlak dan perbuatan. Juga tidak haid, beranak dan qada' hajat.'' Dan inilah pendapat semua ulama tafsir.
Mengikut riwayat, wanita-wanita dunia yang benar-benar beriman adalah jauh lebih cantik dan jelita berbanding bidadari.
Ini sebagaimana yang dirakamkan Allah dalam surah al-Waqiah. Syeikh as-Syanqiti di dalam kitabnya Adwa' al-Bayan menyebut, ``Allah tidak menerangkan di sini sifat-sifat isteri tersebut tetapi dinyatakan sifat-sifat mereka yang jelita di dalam ayat-ayat-Nya yang lain.
Allah s.w.t. menyebut `dan mereka kekal di dalamnya', iaitu mereka sentiasa dalam kesempurnaan kemuncak kebahagiaan.
Sesungguhnya, mereka bersama nikmat ini berada pada makam yang terpuji. Mereka berbahagia hidup bersama isteri-isteri mereka dengan penuh ketenangan yang kekal abadi tanpa sebarang kesusahan.

Wanita Sangat Istimewa :)


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...." Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...


ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hjau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..?

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari.

SETIA SEORANG ABAH!

Ayah kepada seorang graduan. Menunggu diluar dewan. Pakaiannya lusuh dan dhaif, tapi setia untuk anak. Mungkin tak dapat masuk sebab tak menepati kod pakaian, sebab dia hanya berselipar. Mampu membeli sejambak bunga untuk meraikan anaknya yang mungkin hasil simpanannya 2-3 hari. Tetapi masih ada lagi anak-anak yang masih sombong dengan ibubapanya. Bila dah kerja senang, bertanya khabar setiap hari pon jarang sekali inikan pula balik kampung menjenguk mereka."Tuhan, jadikan hati kami sayang dan berterima kasih kepada ibubapa, dan jadikan kami sayang dan setia kepada anak kami ketika kami menjadi ibubapa" 


Thursday 14 February 2013

"KETIKA RINDU TERPISAH JARAK DAN WAKTU"

Bismillahirrahmanirrahim,

Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat engkau sayangi nun jauh disana. Maka rindukanlah dia dalam setiap doamu. Rindukanlah dia dalam setiap sujudmu.Pintalah agar dia selalu berada di jalan_Nya. Pintalah agar dia selalu menjaga hatinya.

Ingatlah..
Jarak jauh adalah Ujian sebuah hubungan cinta.
Jarak dekatpun adalah ujian keimanan sebuah hubungan cinta.
Dan menanti dengan penuh ketulusan adalah bukti kesetiaan dan pengorbanan sebuah hubungan cinta.

Sesungguhnya jarak itu bukan bermaksud untuk menghukummu. Akan tetapi untuk menjaga dirimu dengannya.
Menjaga kefitrahannya.

Bersabarlah hingga suatu saat waktunya akan tiba.
Dalam sebuah ikatan yang terlindung redha_Nya.

Maka bertahanlah dalam sebuah penantian penuh dengan keikhlasan. Dalam sebuah penantian penuh dengan ketulusan.
Dalam menjemput hubungan yang benar-benar dihalalkan


MAMA

Pengorbanan seorang insan yang bernama "IBU"

Seorang ibu yang dipastikan telah meninggal dunia ternyata masih
mampu melahirkan bayi nya dengan sempurna.

Mahmoud Soliman, 29; tak pernah membayangkan akan menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri
yang dicintainya, Jayne Soliman, 41, pergi untuk selama-
lamanya. Dan sebagai gantinya, ia mendapatkan seorang bayi
perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.

Yang mengharukan, Mahmoud Soliman menamakan bayinya itu atas nama "Aya Jayne"

Pengorbanan seorang ibu. Hanya hati sendiri yang mampu mengetahui bagaimana bahagianya bila dapat memberikan kebahagiaan agung pada insan yang mereka benar2 sayangi

# Lihat wajah ibu anda hari ini.dan bayangkan betapa besar pengorbanannya pada diri kita dan adik beradik kita hari ini.. Buat suami di luar sana, jangan persiakan kasih sayang mrk buat kita hari ni-


 

♥LIFE MUST GO ON♥. Design By: SkinCorner
Animated Hello Kitty