Saturday 26 January 2013

Peneman Jiwa Dan Lara :)

Saya suruh awak jadi MATAHARI saya, tapi bila malam, awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodnight kat awak setiap malam?

Maka saya suruh awak menjadi BULAN saya, tapi bila pagi awak akan hilang, macamana saya nak ucap Goodmorning kat awak setiap pagi?

Apa kata awak jadi IMAM saya, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dgn Isyak sentiasa ada untuk ucapkan sayang awak pada saya. Tak termasuk Dhuha lagi kalau saya nak 

♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥
♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥
♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥
♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥
♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥
♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥


buat apa bercinta jika kelukaan yg dapat,
buat apa menanti jika ia hanya sia2,

buat apa menerima jika akirnya dibuang ,dan
buat apa menyimpan jika x diperlukan,
kerana......

dari kelukaan kita belajar untuk memperbaiki
kesilapan diri ,

penantian buat kita sabar,
kita bebas dari segalanya dan
barulah kita tersedar dari mimpi bahwa hanya
Allah SWT saja yg tetap setia di sisi kita :)


Hargai Seseorang Yang Menyayangi mu  

Tanda-Tanda Cinta :)

♥ TANDA-TANDA CINTA SEJATI

Orang yang mencintai kamu tidak pernah dapat memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu, yang dia tahu dimatanya hanya ada kamu satu-satunya..

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,dimatanya kamu selalu yang tercantik/tampan dan paling baik walaupun kamu merasakan diri mu biasa2 saja..

Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupanmu walaupun perkara itu membunuh hatinya . Kerana yang dia inginkan hanyalah kebahagiaanmu .

Saturday 12 January 2013

Kecemerlangan :)

Kecemerlangan menjadi impian setiap insan yang bergelar pelajar . Semua nak cemerlang kan ?
Pelajar yang cemerlang mendefinasikan kecemerlangan sbg 'suatu puncak yang tinggi dan gah untuk dicapai' . Kebanyakkan pelajar-pelajar kat Malaysia mengaku yang dorang tak cemerlang . Mereka hanya bercakap mereka adalah sederhana . Kecemerlangan , 'Keserdahanaan' atau 'Kegagalan' adalah pilihan kita sendiri .

Mereka Yang Mengaku Bukan Pelajar Cemerlang, Tidak Mungkin Akan Menjadi Pelajar Cemerlang Kerana Telah Meletakkan Sasaran Tidak Mungkin Jadi Cemerlang, Di Dalam Minda Mereka .
Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita perlu menukar pandangan, fikiran dan ideologi kita. Kita perlu yakin bahawa Allah menciptakan kita dalam sebaik-baiknya keadaan sepertimana firman-Nya;

''Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.'' 
( At-Tiin : 4 )
STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN :

  • Keseronokkan dan minat yang tinggi ketika belajar.
  • Rasa bosan, letih dan jemu dengan sendirinya akan hilang
  • Belajar dengan sistematik
  • Meningkatkan kepantasan menerima pembelajaran. Lagi pantas pembelajaran. lagi luaslah pengetahuan kita.
  • Meningkatkan konsentrasi ketika belajar untuk meghasilkan pembelajaran yang berkesan.
  • Mendapatkan kefahaman yang cepat dan mendalam
  •  Meningkatkan ingatan
  • Meningkatkan Keupayaan minda
  • Menguatkan jiwa dan perasaan 

  Sweet And Sour  
Credit to : Petua Pelajar Cemerlang :)

Thursday 3 January 2013

Choice ♥

"Pilihlαh pαsαngαn yαng MAHU mendαlαmi AGAMA, bukαn yαng sekαdαr tαhu αgαmα tαpi tidαk mαhu mendαlαmi, αpαlαgi mengαmαlkαn kerαnα yαng mαhu itu pαsti αkαn BERUSAHA yαng TERBAIK dαlαm membimbing keluαrgnyα demi REDHA ALLAH. "

Nαmun αlαngkαh bαiknyα αndαi bertemu yαng TAHU dαn MAHU Menikahi orang yang kita cintai adalah suatu kemungkinan, Mencintai orang yang kita nikahi adalah sebuah kewajiban...  

Isteri yang BAHAGIA itu bukan isteri yang cantek jelita, bukan isteri yang suaminya kaya lagi hensem, tapi ialah isteri yang IKHLAS bila dia berkhidmat untuk suaminya demi cinta dan kasih yang mendalam. Dirimu bidadari wahai isteri :)

Layan isteri anda dengan rasa cinta dan hormat setiap hari. Sentiasa ucapkan kata – kata cinta pada isteri anda... Balik kerja ucapkan "I Love You" di telinga pasangan anda... Ini sekaligus membuat si dia tersenyum setelah penat bekerja di pejabat :)

Seteruk mana pun seorang lelaki itu dia pasti nak perempuan yang masih suci dan belum disentuh oleh orang lain . Maka perempuan diluar sana janganlah engkau mengadaikan maruah hanya kerana kata 2 manis dari seorang insan yang bergelar lelaki .

Tuesday 1 January 2013

RenungKanlah ♥


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

Baik gunakan - ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH .

Ilmu utk dikongsi bersama . Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm) . Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya

Pepatoh :D


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang….. bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Love ♥


Biarpun ayat-ayat cinta itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh,
Cinta itu tetap Segar Mekar dan Semakin Dalam,
Cinta itu yang Kau beri,
Cinta itu dengan Hati, Sanubari, Rohani & Jasmani,

Dengan Cinta Datangnya Sabar,
Orang Bercinta tiada Gusar,
Apa berlaku hanyalah Mata Kasar,
Mata hati tetap berkobar-kobar.

Dengan Cinta tiada Was-Was,
Apa dibuat biarlah berbalas atau tidak berbalas,
Waktu bersua, diri sentiasa kemas,
Wangian harum, percikannya ikhlas.

Dengan Cinta Sentiasa Mahu Berhubung,
Juga Rasa Mahu Bersama,
Harapan tinggi sampai ke penghujung,
Selepas Nyawa bertemu di Syurga

Dengan Cinta datang pengorbanan,
sentiasa hidup dalam bantuan,
Sungguh indah Hidup Bertuhan,
Kerana Allah, Cintaku murnikan.

Lembaran Cinta tanda kekuasaan,
Sentiasa ada sepanjang Zaman,
Melalui Kekasih Dia Sampaikan,
Buat pedoman cinta sepanjang Jalan.

Dengan Cinta penuh Pengharapan,
Takutnya hilang cinta dari Tuhan,
Sentiasa Diri dalam Persiapan,
Sampai waktu, akan disemadikan.

Ya Allah! Aku minta kepada Engkau semua kebaikan masa kini dan akan datang samada yang aku ketahui atau tidak dan tahu dan aku berlindung kepada Engkau dari semua kejahatan yang masa kini dan akan datang samada yang aku tahu atau tidak.

Doa itu adalah Ayat-Ayat Cinta kita Kepada Pencipta, Allah Swt. Semoga Cinta Kita Terus Mekar Mewangi.

Solat Itu Wajib !


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah s.a.w., ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan Baginda s.a.w. pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam." Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah s.w.t. yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

MANUSIA & SYAITAN


*Manusia - Eh, dah subuh dah?

*Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
*Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

>Manusia - Nak makan, laparlah ??
>Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
>Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

~Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
~Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
~Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

-Manusia - Alamak, dah lewat!
-Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
-Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

*Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
*Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
*Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

>Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
>Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
>Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

~Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
~Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
~Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

*Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
*Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
*Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

>Manusia - aku telah berdosa..
>Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
>Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

~Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
~Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
~Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

-Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
-Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
-Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

  •  Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
  •  Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
  •  Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je

Sekiranya Ia Milikmu ♥

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang.

Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat.

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah.

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan.

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan.

Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan.

Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita.

Kerana..

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.

Buat bakal imam Ku.

Allah Dan Muhammad S.A.W

Masa ada tiga iaitu TADI , SEKARANG dan AKAN DATANG ..
-TADI sudah lepas ..
-SEKARANG masih ada kesempatan ..
-AKAN DATANG tidak tahu masih hidup atau tidak..^^
Oleh itu bersegeralah SEKARANG dalam membuat kebaikan ..

*Kenapa ke dua-dua bibir kita (atas dan bawah) tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH?
Ha, cuba try sebut LA ILA-HA ILLALLAH...Kedua-dua bibir kita tak bergerakan? ^^
Kenapa dan mengapa??

-Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba-hambaNya...

Ini kerana seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (Nazak), dia sudah tidak berdaya lagi menggerakkan seluruhnya tubuhnya kecuali LIDAH nya sahaja.. Maha Suci Allah.. :D

*Hidup kita..
sebenarnya tidak mempunyai siaran ULANGAN..
Gunakanlah siaran 'live' kita..
sekarang dengan sebaik-baiknya (>‿◠)✌

''Barangsiapa masuk ke dalam kubur tanpa membawa bekal ,seakan-akan ia mengarungi lautan tanpa perahu." (Abu Bakar Ash-Shadiq)

Itu Tak Cukup ! Ini Tak Cukup :D

 Ramai anak lelaki manja dengan ibunya, dan ramai anak perempuan manja dengan ayahnya...
 Syurga seorang anak lelaki terletak di bawak tapak kaki ibunya, sbb itu dia selalu manja dengan ibunya walaupun dah kahwin...  Syurga seorang anak perempuan terletak di bawah tapak kaki suaminya , sebab itu sebelum kahwin dia manja dengan ayahnya . 
 " bila dah berkahwin , tanggungjawab dan peranan itu yang menjadi tonggak utama .. "
# hensem saja tak cukup kalau poket kosong ..
cantik saja pun tak cukup juga , kalau dapur tak berasap . 
~ Biarlah kita GAGAL dalam BERCINTA ,
usah kita GAGAL dalam BERAGAMA .
~ Namun apabila kita LULUS dalam BERAGAMA ,
insyaAllah kita juga akan LULUS dalam BERCINTA .
~ AGAMA itu lengkap kerana CINTA ada di dalamnya,
tetapi CINTA tidak lengkap kerana tiada AGAMA d dalamnya .
 KAYA lelaki kerana AKHLAKnya, TAMPAN lelaki kerana KEJERNIHAN wajah, MANIS lelaki kerana SENYUMAN indah dengan niat sedekah, TINGGI lelaki kerana KESEDERHANAAN, HEBAT lelaki kerana KESABARAN Dan MULIA lelaki kerana KEIMANAN yang TEGUH :) 
Perempuan boleh pendam perasaan yang dia sukakan seseorang bertahun-tahun lamanya, tapi dia tak boleh nak pendamkan perasaan cemburu dia walaupun sesaat...
Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..
Jangan Mencintai Seseorang Sedalam Lautan Kerana Lautan Boleh Surut..
Jangan Mencintai Seseorang Sebesar Dunia Kerana Dunia Boleh Hancur…
Cukuplah Mencintai Seseorang Sehujung Kuku,
Walau Kecil, Walau Selalu Dipotong, Ia Akan Selalu Tumbuh   Jangan Mencintai Seseorang Setinggi Langit Kerana Langit Boleh Runtuh..

♥♥Sebenarnya ^^,

Dalam setiap hubungan , sudah semestinya wujud pergaduhan, kepercayaan , menangis , sakit hati , rahsia , cemburu dan perasaan rasa kasih sayang. Perasan itu semua akan wujud bila kedua2 pasangan amat menyayangi pasangannya . :') 
Orang takkan nampak yang kita sayangkan dia, sampailah suatu hari nanti dia dah kehilangan kita barulah dia tahu yang kita amat berharga. :')
Perempuan tak suka kalau lelaki suka memaksa. Tapi dia suka dimanja. ;)
Lelaki tak suka kalau perempuan terlebih mengada. Tapi dia suka digoda. ;)
Bukan senang nak cari orang yang betul suka sayangkan kita, bila dah dapat belum tentu kita boleh bahagiakan dia. :')
Hati perempuan sangat lembut. Tapi lembut tak bermakna boleh dipermainkan sesuka hati. 
Perempuan menangis bukan bermaksud perempuan tuh cengeng tapi salah satu cara perempuan melepaskan ape yg mereka pendamkan :')
Perempuan lagi suka lelaki yg pandai jaga hati dia, suka buat dia gelak, tak pernah abaikan dia . Kan ??
Perempuan mudah cair dengan 'ayat manis' dari lelaki yang dia suka."Lelaki pula mudah cair dengan 'air mata' perempuan yang dia sayangi"
KEBANYAKKAN perempuan lebih suka bercinta dengan lelaki yg lebih tua dari umur mereka kerana meraka anggap lelaki yang lebih tua dri umur mereka ini boleh menjaganya n selalu berfikiran matang . :)

 ♥ Sekian :) 
 

♥LIFE MUST GO ON♥. Design By: SkinCorner
Animated Hello Kitty